BREAKING

Friday, September 20, 2013

Pindah Rumah Baru - Kitchen Cabinet 1

Ruang dapur adalah antara seksyen yang menjadi kesukaan para isteri. Tidak terkecuali isteri aku yang nak sumbat macam-macam kat seksyen ni. Kalau boleh set memasak semua nak lengkap dan baru. Barang elektrik juga mesti yang best dan berjenama bagus. Alasannya tahan lama dan berkualiti. Part yang tu aku setuju cuma tak semua barang yang berjenama tu tahan lama. Ia bergantung kepada cara pemakaian kita.

Untuk kitchen cabinet pula, pada asalnya kitorang nak design dan color yang kontemporari. Tapi bila memikirkan soal budget terpaksalah guna apa yang termampu sahaja. Budget awal dalam RM3k-4k. Time ni memang banyak kontraktor yang offer nak buat kitchen pada harga berpatutan. Setiap rumah ada design dan harga yang berbeza. Kadangkala terdapat kontraktor yang menawarkan harga yang berbeza untuk design dan color kitchen cabinet yang sama. So kena hati-hati nego dan siasat jiran-jiran dapat berapa.

Untuk table top kitchen kitorang memilih surface yang tahan lama dan tidak mudah rosak walaupun terkena air. Manakala untuk kitchen bar pula memadai menggunakan material biasa. Kontraktor yang kitorang pilih adalah Corola Kitchen yang beroperasi di Bandar Rawang. Yang bestnya uncle yang sediakan design kitchen kitorang ni memang cool. Dah la called dalam pukul 4 petang. Sanggup pula tu turun area Serendah walaupun dah lewat petang semata-mata nak entertain client.

Tu yang kitorang amik dia terus walaupun quotation yang dia bagi agak terkeluar sikit dari budget kitorang iaitu dalam RM4.3k. Untuk memudahkan kefahaman korang berikut adalah hasil lakaran uncle tu dan proses menyiapkan kitchen kitorang yang mengambil masa dalam 2 minggu.

Total kos termasuk hood, hub dan oven? Skrol ke bawah.....
Hasil kitchen U-shape kami yang lengkap dengan build-in oven, hood dan hub.

Design dan diameter kitchen cabinet yang dicadangkan berbentuk U-shape

Pandangan dari sudut hadapan table top konkrit yang berbentul L-shape

Proses menyiapkan table top menggunakan konkrit sepenuhnya

Percuma sinki 

Ruang untuk memasukkan hoob


Pandangan kitchen cabinet dari sudut bar.

Pandangan ktchen cabinet dari sudut sinki.

Pandangan wide angle

Total Kos: RM5,749.00

Kitchen Cabinet : RM4,300
Hood + Hub jenama Elba : RM450
Oven jenama Elba : RM999

About ""

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Vivamus suscipit, augue quis mattis gravida, est dolor elementum felis, sed vehicula metus quam a mi. Praesent dolor felis, consectetur nec convallis vitae.

Post a Comment

 
Copyright © 2013 MTaj Mahal
Design by FBTemplates | BTT