BREAKING

Tuesday, July 30, 2013

Pindah Rumah Baru - Bahagian Petua 3

Selepas kerja-kerja membuat pemeriksaan defect selesai, terdapat beberapa lagi petua untuk anda sebelum berpindah ke rumah baru. Semua ini adalah berdasarkan pengalaman sendiri. Dan pengalaman inilah yang banyak memberi pengajaran dan diharap pengalaman ini juga dapat memberi input kepada mereka yang bakal berpindah ke rumah baru.

Selesai adab memasuki rumah baru --> pemeriksaan defect --> sekuriti

Ramai yang mengambil enteng soal sekuriti dalam rumah. Kebanyakan pembeli rumah selepas mendapat kunci terus bersihkan rumah dan angkut barang-barang dari rumah lama. Sebenarnya, tidak salah. Mana tahan wei bayar dua bijik rumah dengan gaji sedia ada. Tak kan nak catu makan minum anak bini. Namun ini sekadar tips dan bukan paksaan untuk sesiapa pun mengikutinya. Keputusan anda yang berkuasa memuktamadkannya bukan sesiapa pun. Anda yang bayar dan anda jugalah yang menanggung beban hutang pinjaman. Bukan sesiapa pun. Tak begitu?

Baiklah berikut adalah tips sekuriti untuk panduan anda sebelum berpindah ke rumah baru.

  • Pastikan pasang grill rumah terlebih dahulu. Ini bagi mengelak sesiapapun memasuki rumah baru anda. Lebih-lebih lagi jika barang dari rumah lama dah dipunggah masuk ke rumah baru. Kalau tak pasnag silap hari bulan pula barang lama anda dipunggah keluar dari rumah baru anda oleh orang lain. Untuk grill model biasa yang biasa orang buat color putih tuh kos lebih kurang RM2,000 - RM3,000 bergantung kepada jenis tingkap dan pintu rumah anda. Untuk rumah kitorang, model yang sama tetapi guna cat rod iron kos lebih kurang RM2,300 sahaja.
  • Jika ada duit pasanglah security alarm
  • Make sure juga kalau kualiti pintu yang disediakan oleh pemaju perumahan tu biasa-biasa sahaja, tukarlah ke pintu yang lebih berkualiti. Bukan apa, sekarang ni kes pecah masuk siap main bunuh-bunuh segala. Jadi sebagai langkah keselamatan untuk diri dan keluarga cari daun pintu yang bukan sahaja susah nak dikopak malah kukuh.
  • Tukar juga kunci rumah sekiranya berkemampuan. Ini kerana, kebanyakan pemaju akan memberi kunci pendua kepada sub kontraktor yang melakukan kerja-kerja penyelenggaraan akhir. Kebiasaannya sub kontraktor ini pula mengambil pekerja-pekerja asing. Bukannya nak buruk sangka tetapi sebagai langkah keselamatan kita tidak mahu jenayah mendekati keluarga kita. Cegah daripada merawat tu lebih baik.
  • Periksa juga wiring kut-kut ada yang tak kena mahu hangus rumah baru tuh nanti.
  • Berkenal-kenalan jugalah dengan jiran tetangga jika kebetulan mereka ada di situ untuk meninjau keadaan rumah mereka seperti anda. At least mereka juga kenal siapa jiran mereka sekaligus meraptkan silatur rahim.
Grill jenis ini sekitar RM2,000 - RM3,000




About ""

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Vivamus suscipit, augue quis mattis gravida, est dolor elementum felis, sed vehicula metus quam a mi. Praesent dolor felis, consectetur nec convallis vitae.

Post a Comment

 
Copyright © 2013 MTaj Mahal
Design by FBTemplates | BTT