BREAKING

Wednesday, February 8, 2012

Pencarian Rumah Baru - Bahagian Akhir

Alhamdulillah..selesai proses mencari rumah kini, proses pembelian rumah. Oleh kerana duk sibuk dengan bebanan kerja office, hal-hal berkaitan mencari bank untuk pinjaman pembelian rumah kami serahkan bulat-bulat kepada pegawai jualan rumah PKNS, Kak Sarimah yang sangat senang berurusan dengannya. Mulanya dia recommend RHB Bank. Alasannya runner yang selalu uruskan akaun PKNS di bank berkenaan mudah dan tak banyak karenah. Urusan pun cepat. Siap boleh buat full loan lagi kalau urusan dokomen berjalan lancar.

Kami pun bersetuju sajalah, soal BLR dan sebagainya malas nak fikir sebab semua bank sama saja cuma adjust itu ini saja. alih-alih sama atau beza sikit sahaja kadarnya. Apa yang menarik tentang full loan ini, harga rumah yang kami hendak beli ialah RM280k ++. )leh kerana kami beli awal dapatlah diskaun earlier bird (2%) dan bumiputera (7%) so balance dari total loan tu PKNS akan pulangkan kepada kami untuk buat renovation or beli perabot dan sebagainya.

Selepas dua minggu dapat panggilan daripada RHB yang mengatakan loan hanya boleh lepas 80% sahaja. Oleh kerana cash dalam saving tidak mencukupi time tu, kami buat keputusan untuk cari bank lain. Inipun guna khidmat K.Sarimah juga. Tapi kali ini Bank Muamalat. Kes yang hampir serupa tapi boleh lepas dalam 90%. Akhirnya kami bersetuju sementara 10% lagi terpaksalah guna simpanan KWSP saya. Pendek cerita, loan rumah hanya guna satu nama sahaja.

Setelah semua dokumen lengkap dan pihak bank Muamalat berpuas hati, dua minggu selepas itu lawyer bank Muamalat yang dilantik datang berjumpa dengan saya untuk menandatangani dokumen perjanjian pinjaman pembelian rumah. Begitu juga dengan lawyer yang dilantik oleh PKNS turut sama memberi dokumen perjanjian pembelian rumah.

Kesimpulannya, semua urusan dipermudahkan siap telebih bayar lawyer lagi. Alhamdulillah..

Tips:

  • Jangan guna banyak kredit kad melainkan kewangan anda kukuh.
  • At least ada satu kredit kad untuk hal-hal emergency
  • Kalau kredit kad ada tiga terminate yang dua tu sebab yang dua tulah punca saya tak dapat full loan.
  • Be prepare dengan senaman tangan sebab banyak dokumen kena sign lepas loan approved. Bolehlah berangan jadi boss or selebriti sekejap depan lawyer.

About ""

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Vivamus suscipit, augue quis mattis gravida, est dolor elementum felis, sed vehicula metus quam a mi. Praesent dolor felis, consectetur nec convallis vitae.

Post a Comment

 
Copyright © 2013 MTaj Mahal
Design by FBTemplates | BTT