BREAKING

Monday, July 4, 2011

Pencarian Rumah Baru - Bahagian 2

Setelah mendapat maklumat berhubung wujudnya kawasan penempatan baru yang dibuka oleh PKNS di kawasan Serendah, saya dan isteri apa lagi memecutlah ke kawasan tersebut. Mulanya, jenuh juga nak datang ke kawasan ini. Dahlah jauh jalan pula sesak, menjadikan kami berkira-kira nak teruskan atau tidak misi meneroka rumah baru ini.

Kedatangan kami ke Serendah pula di sambut dengan hujan lebat. Menjadikan hati kami goyah. pun demikian, kami cuba berfikiran terbuka dan menerima cabaran itu sebagai rahmat dari Yang Maha Esa. Ketika itu masih dalam bulan Syawal. Sesampai kami di kawasan Antara Gapi, hujan masih lebat dan kebetulan, PKNS buat rumah terbuka Aidilfitri sempena dengan pelancaran jualan rumah 64 unit, Dahlia Residence. Dengan keadaan perut kelaparan, makanan pula habis.

Tanpa berkira itu ini, kami terus berjumpa dengan pegawai jualan rumah PKNS yang kami jumpa di Kota Puteri tempoh hari. Dia jugalah yang recommend kami beli rumah di kawasan ini. Nama pegawai tu Kak Sarimah. Setelah berbincang dan bertanya lebih lanjut tentang rumah tersebut, isteri saya beriya sangat nak rumah tuh. Dengan perasaan excited berbaur risau saya terus bayar booking fee sebanyak RM500 dan terus tick lot rumah yang kami nak.

Oleh kerana range harga rumah masih dalam kemampuan, mata mula melilau mencari corner lot dalam plan rumah tersebut. Tetapi, semua corner dah habis dikebas. Yang ada  tinggal lot tengah. Isteri pun pilihlah yang dekat-dekat ke lot tengah. Dapat tempias corner lot pun tak apalah.

Selesai sahaja tick lot rumah dan berbincang pasal pinjaman rumah, kami terus ke tapak binaan rumah Dahlia Residence. Time tu yang ada hanya rumah contoh. Lain-lain lot masih dalam proses pembinaan.

Details tentang rumah Dahlia Residence rujuk brosur di bawah.

Dahlia Residence, Antara Gapi

About ""

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Vivamus suscipit, augue quis mattis gravida, est dolor elementum felis, sed vehicula metus quam a mi. Praesent dolor felis, consectetur nec convallis vitae.

Post a Comment

 
Copyright © 2013 MTaj Mahal
Design by FBTemplates | BTT