![]() |
| Tayangan di seluruh panggung Malaysia November ini |
Namun dalam hal ini, Allah Maha Bijaksana memberi akal kepada hamba-hambaNya untuk mencipta perkataan `bertolak ansur'. Kerana itulah apabila pasangan yang baru berkahwin seringkali dinasihatkan untuk sentiasa `bertolak ansur' dalam apa jua perkara. Hal ini disebabkan dengan bertolak ansur sahaja pergaduhan kecil yang membawa kepada pergaduhan besar dapat dielakkan.
Mtajmahal diawal perkahwinan pun berdepan dengan situasi ini. Alhamdulillah, nasihat untuk sentiasa bertolak ansur memang berbaloi dalam memelihara hubungan suami isteri.
Sebagai contoh, dahulu Mtajmahal kurang meminati filem-filem cinta yang dilakonkan oleh Kristen Stewart dan Rob Petisson. Lebih-lebih lagi dengan plot ceritanya yang `slow' dan perlu banyak berfikir untuk memahaminya. Oleh kerana pemilik Mtajmahal sangat meminati filem ini mahu tak mahu Mtajmahal terpaksa bertolak ansur untuk layan kehendak pemilik Mtajmahal.
Resultnya, Mtajmahal semakin fanatik dengan filem ini dan tidak sabar menontonnya di panggung bulan hadapan. See, dengan bertolak ansur apa pun kemungkinan tidak mustahil berlaku. So, sentiasalah bertolak ansur. Peace!

Post a Comment