BREAKING

Thursday, August 22, 2013

Rumah ku syurga ku...

Suasana kawasan kejiranan yang nyaman di Dahlia Residence
Rumah ku syurga ku... perkataan yang sering dikaitkan dengan kebahagian rumah tangga. Lebih-lebih lagi jika menetap di rumah sendiri. Ketika balik dari kerja iaitu ketika Muslimin telah berpuasa dua minggu, sempat merakam keindahan kawasan kejiranan kami di Dahlia Residence, Antara Gapi.

Dah lama rasanya tak melihat senja yang berwarna merah jambu sebegini. Lebih-lebih lagi, ketika masih menyewa di kawasan rumah kedai berdekatan area Batu Caves dahulu. Selepas berpindah ke Serendah, barulah merasa keindahan senja ini. 

Deretan rumah yang masih lagi belum berpenghuni
Alhamdulillah... memang nikmat melihat kesempurnaan alam ini di Serendah. Sungguhpun ramai yang mengatakan kawasan ini sangat jauh, namun bagi kami ia berbaloi. Mana taknya, dengan kawasan kejiranan yang selamat, jiran-jiran yang peramah, berhadapan dengan Banjaran Titiwangsa dan bermacam lagi kemudahan infrastruktur kami rasa apa yang orang lain cakap tentang kawasan penempatan baru kami ini tidak memberi kesan kepada kami. Kerana kawasan ini sememangnya berbali-baloi berbanding menyewa rumah orang lain. 

  

About ""

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Vivamus suscipit, augue quis mattis gravida, est dolor elementum felis, sed vehicula metus quam a mi. Praesent dolor felis, consectetur nec convallis vitae.

Post a Comment

 
Copyright © 2013 MTaj Mahal
Design by FBTemplates | BTT