BREAKING

Thursday, August 22, 2013

Pindah Rumah Baru - Bahagian Cat 1 (Living Hall)

Sudah dua bulan kami menetap di rumah baru. Walaupun masih banyak barang yang belum berkemas 'overall' 70 peratus kelengkapan rumah sudah tersedia. Lega sikit rasanya. Sebagai suami, satu kebanggaan dan kesyukuran dapat menyediakan tempat tinggal yang selesa untuk isteri. Namun, sejak kebelakangan ini hujung minggu kami seringkali dipenuhi dengan banyak jadual kerja dan aktiviti lain termasuklah memenuhi jemputan rumah terbuka ramai kenalan sempena Syawal.

Akibatnya kerja-kerja membuat kemasan rumah termasuklah mengecat 'feature wall' sedikit tertangguh. Kalau pun ada masa, mood untuk mengecat dah semakin hilang. Ini berbeza ketika diawal perpindahan kami dahulu. Walau apapun di bawah ini sempatlah kami merakam beberapa aktiviti mengecat rumah di bahagian ruang tamu untuk rujukan mana-mana pasangan yang merancang untuk berpindah rumah.

Perlu diingat 'option' cat adalah untuk mereka yang kurang budget untuk membeli `wallpaper'. Ini kerana semua maklum kos membeli cat lebih murah berbanding wallpaper. Walau bagaimanapun, jika anda bijak bermain warna dan kreatif, hasil cat adalah jauh lebih baik daripada wallpaper. Malah, pasti ramai yang akan terkeliru kerana cat boleh kelihatan seakan-akan wallpaper jika bijak menggunakannya. 

Pun demikian, dalam situasi ini tujuan kami mengecat bahagian ini adalah bagi membolehkan plasma TV yang baru dibeli kelihatan lebih besar dan lebih `sharp' grafiknya ketika menonton dan bersantai bersama keluarga.

Cat yang kami gunakan jenama biasa yang berharga RM35 untuk 3 litar. Cat ini sesuai digunakan untuk mengecat permukaan dinding konkrit. Kami memilih warna hitam untuk dijadikan 'base' manakala untuk permukaan cat kami memilih warna emas (livirna) dengan menggunakan jenama San Cora yang berharga kurang daripada RM100 untuk seliter.

Berikut proses mengecat dan hasilnya.


1: Lekatkan `masking tap' dibahagian yang akan dicat mengikut perancangan masing-masing. Pastikan letak pelapik bagi mengelak floor anda terkena tempias cat.

2. Kemudian cat bahagian yang telah dilekatkan dengan 'masking tap' menggunakan cat yang dipilih untuk dijadikan 'base'. Dalam hal ini, 'base' cat untuk dinding rumah kami adalah HITAM. Ada berani?  
3. Hasilnya akan kelihatan seperti ini. Untuk mengemaskan lagi hasil kerja anda disyorkan untuk mengecat `base' hitam tadi sekali lagi. Dengan kata mudah cat 'base' hitam tadi sebanyak dua lapisan.

4. Setelah itu, ambil cat yang akan dijadikan sebagai cat permukaan dan tunjukkan kreativiti anda. Dalam hal ini, kami menggunakan cat gold dari San Cora. Mudah sahaja caranya, ambil berus cat kemudian sapu sedikit cat gold tersebut dan tenyeh-tenyeh je kat dinding hitam tersebut.

5. Hasilnya...

Pandangan ruang tamu dari sudut

Pandnagan wide..

So, apa pandangan korang? Mudahkan.. sangat mudah tetapi perlu banyak kesabaran dan buat banyak rujukkan kerana tidak semua berkebolehan menghasilkan kerja yang kemas dan sempurna. Kami sendiri sejujurnya, banyak kali belajar barulah dapat hasilakan cat seperti di atas.

Menariknya, ramai rakan-rakan dan keluarga tertipu dan sering kali berkata 'wallpaper' dinding rumah lawa dan cantik. Kami hanya memberi senyuman kepuasan atas hasil kerja kami ini kepada mereka. Alhamdulillah.. nantikan sesi mengecat dinding yang lain di Pindah Rumah Baru - Bahagian Cat 2.

About ""

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Vivamus suscipit, augue quis mattis gravida, est dolor elementum felis, sed vehicula metus quam a mi. Praesent dolor felis, consectetur nec convallis vitae.

Post a Comment

 
Copyright © 2013 MTaj Mahal
Design by FBTemplates | BTT