BREAKING

Monday, June 24, 2013

'Super moon' di malam Nisfu Syaaban

Keunikan bulan selepas diedit dan tukar ke beberapa warna.
Diriwayatkan daripada Ata' ibn Yasar berkata: "Apabila tiba malam Nisfu Syaaban, malaikat maut menulis nama orang yang akan meninggal dunia pada bulan Syaaban tersebut sehingga bulan Syaaban berikutnya. Sesungguhnya seseorang itu melakukan kezaliman, kejahatan, bernikah dan menanam tanamannya, sedangkan namanya telah dipindahkan dari dewan orang yang hidup kepada dewan orang mati. Tidak ada suatu malam selepas malam Lailatulqadar yang lebih mulia daripada malam Nisfu Syaaban."

Itulah keunikan malam Nisfu Syaaban yang diangkat kemuliannya selepas malam Lailatul Qadar oleh Allah SWT. Bagi yang perasan semalam, bulan kelihatan begitu besar berbanding dengan bulan-bulan yang mengembang sebelum ini. Sungguhpun jerebu masih menyelubungi Kuala Lumpur, bulan besar tersebut masih tetap dapat dilihat dengan mata kasar.

Kali terakhir bulan besar yang juga dikenali sebagai perigee atau juga super moon ini dilihat pada May 24-25, 2013. Walau bagaimanapun, semalam adalah antara yang paling besar pernah dilihat setakat ini.

Berikut merupakan beberapa snapshoot 'super moon' yang sempat aku ambil menggunakan Canon PowerShoot SX30IS dengan lensa 35MM sekitar pukul 10.20 malam.

Super moon yang belumj diedit

  

About ""

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Vivamus suscipit, augue quis mattis gravida, est dolor elementum felis, sed vehicula metus quam a mi. Praesent dolor felis, consectetur nec convallis vitae.

Post a Comment

 
Copyright © 2013 MTaj Mahal
Design by FBTemplates | BTT