BREAKING

Wednesday, June 26, 2013

Berjinak dengan sukan golf - Part 1

Dua minggu lepas GSM, MSU iaitu fakulti pengajian perniagaan tempat aku dan isteri menyambung MBA menawarkan kelas belajar sukan golf setiap hujung minggu selama empat minggu bermula 16 Jun 2013. Menariknya kelas tersebut bukan sahaja mengetengahkan teori malah siap dengan praktikal yang akan diajar oleh pemain golf profesional. Lebih syok kelas itu bukan sahaja diberi percuma malah bagi pelajar yang berjaya mengikuti kelas itu sampai habis mereka akan mendapat sijil serta set asas peralatan golf.

Atas desakan rakan-rakan mau tak mau aku mendaftarkan diri secara paksa rela sungguhpun sibuk dengan kerja-kerja pindah ke rumah baru hujung bulan ni. Kerana sibuk jugalah minggu lepas aku termissed kelas pertama sesi golf tersebut. Mujur ada beberapa rakan yang pernah sekelas dengan aku dalam subjek OB yang perasan nama aku kat senarai kelas tersebut remind kt Facebook pasal kelas golf tersebut. Rupanya rakan yang ajak aku sebelum ini pun tak datang dan langsung tiada dalam senarai kelas golf tersebut. Punyalah tension.. beriya ajak last-last diorang pun cabut grrr !

Tak per... minggu ni aku akan masuk kelas tersebut walaupun wife aku dah sound awal-awal pasal kos main golf. Biasalah pompuan kalau suami spend mesti bising punya. Kalau dia yang shopping mau kopak poket suami dibuatnya. Tapi dia boleh senyum dan act seolah-olah tiada apa yang berlaku.

Sebab dah janji dengan member yang remind aku kt FB, aku ignored jelah apa yang wife aku cakap. Bermulalah pencarian aku tentang sukan golf ni kt Google. Seingat aku company aku pernah buat charity golf dan golf tournament tahun2 lepas tapi punyalah aku tak faham game ni. Yang basic macam candy, short gun, long gun, buggy tu aku faham lah. Lain-lain especially pengiraan score still blurr sampai sekarang.

Ni yang aku duk risau ni mana nak cari baju, kasut dan pants untuk hadir ke kelas tuh. Prof yang organize prog ni dah sound awal-awal dalam email pasal pakaian. Any idea guys??
 
Dress code:ü Collared shirt & trouser (Shirts MUST be tucked into trousers)ü Sport shoes
ý Strictly NO jeans
ý Strictly NO slippersý Strictly NO round neck T-shirt

Its ok karang aku dah dapat apa yang aku perlukan. Aku share kat entri ini. Anyway bak kata prof aku Good luck and happy Golfing!  

About ""

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Vivamus suscipit, augue quis mattis gravida, est dolor elementum felis, sed vehicula metus quam a mi. Praesent dolor felis, consectetur nec convallis vitae.

Post a Comment

 
Copyright © 2013 MTaj Mahal
Design by FBTemplates | BTT