BREAKING

Monday, June 24, 2013

Jerebu 2013 angkara siapa?

Kuala Lumpur yang diselubungi jerebu. - foto: nizam zailan
Keadaan jerebu di sekitar Semenanjung Malaysia semakin teruk hingga menyebabkan lebih daripada 120 buah sekolah di beberapa buah negeri di negara ini terpaksa ditutup atas faktor kesihatan.

Indonesia pula sebaliknya menunding jari kepada Malaysia dan Singapura kerana membuat pembakaran terbuka terhadap ladang-ladang sawit yang berada di kepulauan Sumatera itu. Sementara Malaysia dan Singapura mengambil langkah bijak dan enggan memberi sebarang komen bagi mengelak sebarang kekecohan.

Dalam hal ini pada pandangan saya, Indonesia tidak seharusnya menunding jari kepada Malaysia dan Singapura semata-mata kerana rata-rata pekerja yang mengusahakan ladang-ladang sawit kepunyaan Malaysia dan Singapura di negara tersebut adalah warga negara mereka sendiri. Indonesia seharusnya lebih terbuka dan cuba mencari jalan dalam menyelesaikan permasalahan ini kerana saban tahun perkara ini berulang. Tak kan lah sawit ditebang dan dibakar setiap tahun pak?
KLCC yang kelihatan samar-samar

Mungkin sudah tiba masanya Indonesia memperkenalkan atau menguatkuasakan undang-undang larangan pembakaran terbuka dan mengenakan hukuman berat kepada pelaku pembakaran terbuka tersebut. Sekiranya telah diperkenalkan maka ambil tindakan dong!!. Hal ini kerana kesan pembakaran terbuka di negara berkenaan natijahnya menjejaskan negara lain dan sekiranya Indonesia tidak mengambil langkah proaktif sudah pasti hubungannya dengan Malaysia dan Singapura bertambah regang.

Walau apapun, percayalah semua masalah ada jalannya. Tanpa mengira Malaysia, Indonesia atau Singapura kita semua adalah serumpun dan berasal dari susur galur Melayu. Jangan biar anasir-anasir luar mengeruhkan hubungan kita. - mtajmahal 

About ""

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Vivamus suscipit, augue quis mattis gravida, est dolor elementum felis, sed vehicula metus quam a mi. Praesent dolor felis, consectetur nec convallis vitae.

Post a Comment

 
Copyright © 2013 MTaj Mahal
Design by FBTemplates | BTT