Pemilihan tema dan warna di ruang makan adalah sangat penting. Ramai pasangan yang memandang ruangan ini kurang penting. Memadai ada meja dan kerusi untuk makan sahaja. Sebenarnya ruang ini adalah sangat penting kerana, bagi sesetengah individu khususnya yang bekerja dari rumah sebagaimana isteri aku amat perlu ruang ini disusun atur dengan bijak. Ini kerana selain menjadi tempat untuk keluarga bersantap bersama, ia juga boleh dijadikan ruang kerja sementara bagi mereka yang merancang untuk memiliki 'work station' sendiri.
Justeru, bagi menimbulkan mood yang selesa serta tenang, luas dan ringkas kami memilih tema dan cat berwarna kelabu jenama San Cora. Perancangan awal, dinding ruang makan tersebut bukanlah bewarna kelabu. Warna kelabu tersebut hanyalah `base color' untuk dinding tersebut. Pun demikian, oleh kerana percubaan pertama menyediakan `feature wall' gagal maka cat kelabu berkenaan terpaksalah jadi permenant.
Dahlah proses mengecat yang amat meletihkan, hasil nya pula kurang memuaskan. Cuba perhatikan proses mengecat `feature wall' yang akhirnya jadi teruk. Bak kata wife aku dah macam bubur nasi melekat kat wall. Sabar..
 |
| Penyediaan masking tape bagi mengelak cat terkena ke bahagian lain. |
 |
| Base color yang dah siap (cat dua kali) |
 |
| Proses mengenakan dekorasi cat yang akhirnya kelihatan seakan-akan bubur nasi kat dinding |
 |
| Pandangan cat dari sudut tengah |
 |
| Akhirnya `bubur nasi' terpaksa dibuang :( |
Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Vivamus suscipit, augue quis mattis gravida, est dolor elementum felis, sed vehicula metus quam a mi. Praesent dolor felis, consectetur nec convallis vitae.
Post a Comment