Setelah berhempas pulas
mengecat wall akhirnya masa untuk memasukkan set meja makan. Set meja makan ni sebenarnya dah setahun kami tempah di salah satu cawangan Crown di Klang. Harga pun boleh tahan dalam RM3,800 tak silap aku. Pun begitu, oleh kerana kami turut membeli sofa 'U shape' (lihat gambar di bawah) dan satu lagi sofa untuk bilik tidur utama dapatlah harga promosi. Harga promosi pun kopak juga. Total dalam RM7k ++. Demi isteri tercinta layankan lah.
Kemudian. bagi memastikan ruang makan kelihatan luas, isteri aku bagi pandangan untuk menggantung cermin di wall berwarna kelabu tersebut. Apa lagi, kitorang drive lah ke Nilai 3 kerana dengar-dengar cermin kat kawasan tu lagi murah berbanding Ikea dan kedai-kedai lain. Kebetulan pula wife memang merancangan untuk beli curtain di Nilai apa lagi boronglah.
Alhamdulillah proses memborong semuanya berjalan lancar. Lihatlah hasilnya..
 |
| Meja makan 6 tempat duduk |
 |
| Perhatikan cermin yang boleh membuatkan kawasan kecil lebih luas |
 |
| Curtain yang di borong juga dari Nilai 3 |
 |
| Itu dia sofa U shape yang diborong di cawangan Crown, Klang |
Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Vivamus suscipit, augue quis mattis gravida, est dolor elementum felis, sed vehicula metus quam a mi. Praesent dolor felis, consectetur nec convallis vitae.
Post a Comment