BREAKING

Friday, June 17, 2011

Pencarian Rumah Baru - Bahagian 1

Kota Puteri, Selangor
Alhamdulillah... selepas tiga tahun berkahwin rezeki saya melimpah ruah. Memang benarlah, soal rezeki jangan dipersoalkan kerana Allah telah menetapkan rezeki seseorang itu sejak azali lagi. Cuma kita perasan atau tidak sahaja. Bayangkan ketika bujang dahulu, pendapatan tak sampai tiga ribu pun. Dahlah saving tak ada, aset lagilah. Kemudian, selepas berumah tangga, gaji mula naik dan dapat bermacam projek.

Dan hasil daripada pendapatan tersebut jugalah, alhamdulillah saya dapat menghadiahkan sebuah mini taj mahal untuk isteri di awal tahun 2012. Ketika itu loan bank tak approve lagi. Saya dan isteri memang berhajat memiliki rumah teres berbanding kondominium atau apartment. Dah banyak offer untuk rumah jenis sarang burung tuh pada harga dan location yang leh tahan jugalah, tapi hati masih belum terbuka.

Bermulalah pencarian kami dari area Rawang hinggalah ke Nilai. Mujur jugalah ketika itu banyak tempat kami dah reki. Alih-alih jumpa kat Kota Puteri dekat kawasan Ijok. Reka bentuk rumah moden dan cantik cuma yang menjadi masalah, udara di kawasan tersebut kurang sihat kerana kawasan tersebut berdekatan dengan kawasan pembakaran mayat.

Memang cerewet bab-bab pemilihan surroundings rumah. Sebabnya, udara yang kita hirup tulah yang akan mencorakkan kesihatan kita. Akhirnya, tanpa berputus asas kami pergi ke pejabat urusan jualan peumahan PKNS di Kota Puteri berkenaan. Kut-kutlah ada kawasan penempatan baru yang lebih sihat PKNS tengah teroka. 

Memang betul kata orang tua-tua, kalau rezeki tak kan ke mana! Akhirnya pencarian kami berakhir dengan dua perkataan iaitu Antara Gapi. Pencarian berakhir maka bermulalah penerokaan baru kami untuk Dahlia Residence, Antara Gapi di kawasan Serendah.

Walaupun demikian, Kota Puteri turut dilengkapi dengan Lebuhraya Latar yang membeolehkan akses pemanduan ke semua kawasan termasuk ibu negara hinggalah ke Kuala Selangor.

   
Lebuhraya Latar


About ""

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Vivamus suscipit, augue quis mattis gravida, est dolor elementum felis, sed vehicula metus quam a mi. Praesent dolor felis, consectetur nec convallis vitae.

Post a Comment

 
Copyright © 2013 MTaj Mahal
Design by FBTemplates | BTT