Sama ada membeli rumah baru atau lama adalah perlu untuk pemeriksaan defect dilakukan. Hal ini bagi mengelak sebarang masalah timbul sekiranya telah berpindah. Jika perlu periksa dengan teliti setiap bahagian rumah. Baik bilik air, ruang tamu, kitchen atau mana-mana bahagian yang berpotensi untuk menjadi masalah besar sekiranya terlepas pandang. Ketuk setiap dinding atau tile kut-kut semen tak cukup kat dalam.
Kemudian tandakan mana yang tidak berpuas hati supaya senang pihak bertanggungjawab mengambil tindakan.
Paling penting periksa pendawaian elektrik dan saliran air. Ini kerana, banyak kes rumah baru dan lama berdepan dengan masalah ini. Sebagai contoh rumah yang kitorang beli dari PKNS dua tahun lepas berdepan dengan saliran air yang tidak betul hingga menyebabkan dinding dan siling pintu utama liking. Mula-mula liking tersebut hanya setitik dua kemudian melarat menjadi teruk.
Mujur rumah masih dalam tempoh waranti selama dua tahun. Apa lagi complainlah.
Namun demikian, pembeli kena berani dan tegas kerana sesetengah kontraktor yang diberi mandat oleh pemaju perumahan untuk membuat penyelenggaraan terhadap defect yang dikenalpasti oleh pembeli bersikap acu tak acu terhadap complaint yang dikemukakan. Hal ini kerana mereka duk sibuk kejar kerja-kerja ubah suai rumah.
Justeru, untuk memudahkan anda adalah lebih baik buat complaint terus kepada pemaju. Call dan email perincian defect berserta bukti gambar jika ada.
Hal ini kerana pengalaman kitorang dahulu kontraktor yang dilantik pemaju bersikap sambil lewa terhadap complaint yang dimajukan. Alasan mereka defect berkenaan kecil sangat dan boleh dibetulkan kemudian dalam beberapa hari.
Bila defect dah melarat barulah menggelabah nak betulkan itu ini. Itupun selepas kitorang complaint secara terus kepada pemaju. Kita berhak terhadap property yang telah kita beli dan menjadi tanggungjawab pemaju untuk membetulkan mana-mana defect yang telah dilaporkan.
Alhamdulillah selepas kejadian itu kontraktor berkenaan terus buat apa sahaja defect yang kitorang kenal pasti.
Anda boleh lihat keadaan dinding dan siling rumah kitorang akibat sikap acu tak acu kontraktor yang dilantik pemaju.
 |
| Liking yang mulanya hanya setitik dua melarat menjadi teruk |
 |
| Liking yang kononnya berpunca dari saliran air toilet bilik utama |
 |
| Keadaan liking hingga menyebabkan pintu utama basah teruk |
 |
| Liking turut menyebabkan ruang tamu basah teruk |
 |
| Keadaan siling dan dinding rumah yang turut terjejas |
 |
| Cat grill yang baru buat luntur akibat kapur dinding. |
Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Vivamus suscipit, augue quis mattis gravida, est dolor elementum felis, sed vehicula metus quam a mi. Praesent dolor felis, consectetur nec convallis vitae.
Post a Comment