BREAKING

Sunday, July 14, 2013

Kuala Lumpur Arah Serendah Expressway (KLAS)

Alhamdulillah jika tiada aral Lebuhraya Kuala Lumpur Arah Serendah Expressway (KLAS) akan dibina bagi memudahkan penduduk di kawasan Serendah dan sekitarnya berulang-alik ke Kuala Lumpur. Walau bagaimanapun itu cuma perancangan yang telah di wartakan oleh Kerajaan Negeri Selangor tidak lama dulu. Rujuk Rancangan Tempatan Rawang - Kuang 1999 - 2015. Dan sehingga kini perancangan tersebut masih lagi dalam proses perbincangan kerajaan tempatan. Rujuk Wikipedia.

Jika lebuhraya KLAS ini dapat dirialisasikan, ia akan mendatangkan manfaat kepada berpuluh ribu penduduk di kawasan Serendah dan sekitarnya. Malah, lewat kebelakangan ini kebanyakan penduduk yang sebelum ini menetap berdekatan ibu negara mula memilih kawasan yang sebelum ini dilabel sebagai kawasan hulu, solok, dan sebagainya untuk dijadikan penempatan baru mereka.

Lebih-lebih lagi dengan kenaikan harga rumah teres yang meroket naik di ibu negara hingga mencecah hampir setengah juta untuk kondominium atau soho. Justeru, tidak hairanlah ramai yang memilih kawasan kurang popular ini. Apa yang menarik tentang perkara ini ialah kawasan yang kebanyakkannya dibangunkan oleh PKNS ini menjadi popular dikalangan golongan muda berkahwin dan berkerjaya yang berpendapatan sederhana tinggi dan berumur dalam lingkungan 29 - 40 tahun serta memiliki sekurang-kurangnya anak dua atau tiga orang.
Gambar hiasan

Di mana pendidikan mereka paling minima Diploma hingga Ijazah Sarjana. Setiap isi rumah memiliki sekurang-kurangnya dua biji kereta lantaran suami isteri yang berkerja. Dianggarkan pendapatan isi rumah berada dalam lingkungan RM5k - 10k sebulan. Rata-rata daripada mereka pula lebih gemar makan di luar berbanding memasak sendiri.

Betul ! golongan muda ini merupakan golongan elit yang terpaksa bermigrasi ke kawasan kurang popular ekoran kenaikan harga rumah yang semakin tidak rasional di kawasan bandar.

Berbalik kepada KLAS, saya kira adalah wajar sekiranya kerajaan meneruskan sahaja perancangan membina lebuh raya tersebut. Ini memandangkan jalan sedia ada sudah sarat dan tidak mampu menampung jumlah kenderaan yang semakin bertambah di sekitar Serendah. Malah, jalan Sungai Tua yang kerap berlaku kecelakaan jalan raya juga semakin merbahaya untuk dilalui memandangkan jalannya yang banyak simpang siur disamping licin pada waktu hujan.

Bagi penduduk baru di kawasan Serendah seperti saya sememangnya jalan tersebut merbahaya. Mana tidaknya seminggu selepas saya berpindah ke Antara Gapi kereta saya terbabas ekoran jalan licin. Pada hal kelajuan yang saya bawa hanyalah 50km/. Saya kira sejak Jalan Sungai Tua diwujudkan beratus kereta telah terbabas dan berpuluh nyawa melayang. Mana tidaknya sehari sebelum saya terbabas sekurang-kurangnya 4-5 biji kereta terbabas berdekatan tasik di kawasan tersebut. Kemudian seminggu selepas kejadian tersebut 5-7 biji lagi kereta bertembung beberapa jam sebelum saya dalam perjalanan masuk kerja pagi 1 atau 12 Jun 2013.

About ""

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Vivamus suscipit, augue quis mattis gravida, est dolor elementum felis, sed vehicula metus quam a mi. Praesent dolor felis, consectetur nec convallis vitae.

Post a Comment

 
Copyright © 2013 MTaj Mahal
Design by FBTemplates | BTT